Thursday, 24 November 2011

UNSUR SENI- RUPA

RUPA (unsur seni)
Unsur-unsur Seni - RUPA
A. Pengenalan
·                     Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
·                     Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa


                                                                   RUPA
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
·     Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain  
     rupa yang bersudut.
·      dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran 
     tertentu

rupa geometri

2. Rupa Organik
·                     Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
·                     Dihasilkan secara sepontan

 RUPA ORGANIK

C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
·                     Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
·                     Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
RUPA POSITIF

RUPA NEGATIF

D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
·                     Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
·                     Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
·                     Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
·                     Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.




contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak





Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak




1. susunan selang-seli 




2. Susunan turun separa 





3. Susunan batu-bata
4. Susunan orgee 





5. susunan cerminan 




6. Susunan sisik ikan





E. Rupa dan Lambang / logo





·  Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan 
   pertubuhan. 
·  Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.


logo daripada huruf

logo simbol daripada rupa mata

F. Rupa dan Muka Taip
·                     Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
·                     Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
·                     Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).



karya yang berasaskan rupa muka taip