Saturday 10 December 2011

Cara Membuat Kotak kertas

Ini adalah cara-cara membuat kotak kertas yang cantik lagi berguna.

Langkah 1: Melipatkan kertas warna menjadi segi tiga.

Langkah 2: Gunting bahagian yang berlebihan.

Langkah 3: Melipatkan lagi bahagian yang lain menjadi segi tiga.

Langkah 4: Melipatkan penjuru ke arah tengah.

Langkah 5: Melipatkan lagi penjuru sebelah kanan ke arah tengah.

Langkah 6: Penjuru yang lain juga lipat seperti langkah 4 dan 5.

Langkah 7: Lipatkan bahagian bawah ke tengah garisan.

Langkah 8: Lipatkan bahagian atas ke tengah garisan.

Langkah 9: Selepas buka akan menjadi seperti ini.


Langkah 10: Seterusnya, lipatkan bahagian yang lain seperti langkah 7 dan 8.

Langkah 11: Selepas siap lipat keempat-empat belah, maka ia akan menjadi seperti ini.

Langkah 12: Seterusnya, guntingkan keempat-empat bahagian yang bergarisan.

Langkah 13: Selepas gunting, tarik dan buka bahagian atas dan bawah.




Langkah 14: Kemudian, tarik masuk bahagian tepi yang telah digunting dan tutup masuk bahagian atas ke    
                    dalam. 
Langkah 15: Lipatkan sebelah lagi seperti langkah 14.

Langkah 16: Ini adalah kotak yang telah siap dilipat.



Friday 9 December 2011

Cara Membuat Topi Barbarian

Ini adalah cara-cara membuat origami Topi Barbarian dengan senang dan mudah.
Langkah 1: Mengambil satu kertas A4 dan menguntingnya menjadi bentuk segi empat.

Langkah 2: Melipatkan kertas warna menjadi segi tiga.

Langkah 3: Melipatkan sekali lagi menjadi segi tiga.


Langkah 4: Selepas itu, buka balik segi tiga yang kedua dan melipat mengikut garisan tengah.


Langkah 5: Lipatkan sebelah lagi seperti langkah 4.

Langkah 6: Seterusnya, melipatkan penjuru bawah ke atas.


Langkah 7: Lipatkan sebelah seperti langkah 6.

Langkah 8: Selepas itu, lipatkan penjuru kesebelah kiri.

Langkah 9: Lipatkan lagi penjuru sebelah kanan seperti langkah 8.

Langkah 10: Lipatkan separuh penjuru dibawah ke atas.

 Langkah 11: Lipatkan lagi bahagian bawah yang tinggal.

Langkah 12: Seterusnya, pusing ke belakang dan lipat mengikut cara dalam langkah 11.


Langkah 13: Yang akhir sekali ialah lipatkan kedua-dua belah tepi topi. 
Ini adalah Topi Barbarian yang telah siap.

Wednesday 7 December 2011

PRINSIP REKAAN

PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.
1. Harmoni
· Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
· Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
· Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
·Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
harmoni dari segi warna

harmoni dari segi warna

harmoni dari segi warna

harmoni dari segi rupa


harmoni dari segi garisan

2. Kontra
·   Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
·   Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
·   Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan


kontra dari segi warna

kontra dari segi bentuk
kontra dari segi warna

3. Penegasan
·     Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
·     Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
·     Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak
       ditegaskan
objek di tengah memnimbulkan penegasan
Penegasan dari segi warna

4. Imbangan
·    Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
·    Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut


Imbangan simetri
b. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang   
    menimbulkan kesan keseimbangan


5. Irama dan Pergerakan
·    Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
·   Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
·   Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

ulangan objek yang menimbulkan pergerakan
6. Kepelbagaian
·      Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
·      Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
·     Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
kepelbagaian warna

kepelbagaian warna, jalinan, rupa dan ruang

7. Kesatuan
·  Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
·  Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
kesatuan corak 

kesatuan warna 

kesatuan tema, warna, objek dan rupa