Friday 9 December 2011

Cara Membuat Topi Barbarian

Ini adalah cara-cara membuat origami Topi Barbarian dengan senang dan mudah.
Langkah 1: Mengambil satu kertas A4 dan menguntingnya menjadi bentuk segi empat.

Langkah 2: Melipatkan kertas warna menjadi segi tiga.

Langkah 3: Melipatkan sekali lagi menjadi segi tiga.


Langkah 4: Selepas itu, buka balik segi tiga yang kedua dan melipat mengikut garisan tengah.


Langkah 5: Lipatkan sebelah lagi seperti langkah 4.

Langkah 6: Seterusnya, melipatkan penjuru bawah ke atas.


Langkah 7: Lipatkan sebelah seperti langkah 6.

Langkah 8: Selepas itu, lipatkan penjuru kesebelah kiri.

Langkah 9: Lipatkan lagi penjuru sebelah kanan seperti langkah 8.

Langkah 10: Lipatkan separuh penjuru dibawah ke atas.

 Langkah 11: Lipatkan lagi bahagian bawah yang tinggal.

Langkah 12: Seterusnya, pusing ke belakang dan lipat mengikut cara dalam langkah 11.


Langkah 13: Yang akhir sekali ialah lipatkan kedua-dua belah tepi topi. 
Ini adalah Topi Barbarian yang telah siap.

No comments:

Post a Comment