Saturday, 10 December 2011

Cara Membuat Kotak kertas

Ini adalah cara-cara membuat kotak kertas yang cantik lagi berguna.

Langkah 1: Melipatkan kertas warna menjadi segi tiga.

Langkah 2: Gunting bahagian yang berlebihan.

Langkah 3: Melipatkan lagi bahagian yang lain menjadi segi tiga.

Langkah 4: Melipatkan penjuru ke arah tengah.

Langkah 5: Melipatkan lagi penjuru sebelah kanan ke arah tengah.

Langkah 6: Penjuru yang lain juga lipat seperti langkah 4 dan 5.

Langkah 7: Lipatkan bahagian bawah ke tengah garisan.

Langkah 8: Lipatkan bahagian atas ke tengah garisan.

Langkah 9: Selepas buka akan menjadi seperti ini.


Langkah 10: Seterusnya, lipatkan bahagian yang lain seperti langkah 7 dan 8.

Langkah 11: Selepas siap lipat keempat-empat belah, maka ia akan menjadi seperti ini.

Langkah 12: Seterusnya, guntingkan keempat-empat bahagian yang bergarisan.

Langkah 13: Selepas gunting, tarik dan buka bahagian atas dan bawah.




Langkah 14: Kemudian, tarik masuk bahagian tepi yang telah digunting dan tutup masuk bahagian atas ke    
                    dalam. 
Langkah 15: Lipatkan sebelah lagi seperti langkah 14.

Langkah 16: Ini adalah kotak yang telah siap dilipat.



2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Thank you teacher Chong,
    at last i know how to make up an ORIGAMI box!!!✿◕‿◕✿

    ReplyDelete